Monday 28 May 2012

hasyim enterprise

INDUSTRI
Mendefinisikan latar belakang Industri.
Industri pembuatan perabot merupakan industri yang berasaskan bahan mentah dalam proses pengeluaran produk perabot.Bahan mentah yang digunakan seperti kayu getah,jati,rotan dan pelbagai jenis kayu ,selain itu bahan mentah seperti besi/logam, aluminum dan kulit binatang,juga digunakan.Industri pembuatan perabot boleh terbahagi kepada banyak cabang seperti:
  • Perabot untuk pejabat
  • Perabot untuk bilik tidur
  • Perabot Sofa
  • Perabot Occasional
  • Perabot set makan dan pelbagai

Gambaran Mengenai Industri Perabot .
Perkembangan Industri
  • Sejarah pengeluaran dan pengeksportan perabot di Malaysia bermula agak perlahan dengan pertumbuhan kilang kecil-kecilan pada lewat 1970an.
  • Industri perabot Malaysia hanya memasuki era eksport pada pertengahan tahun 1980an dengan eksport berjumlah RM25 juta pada tahun 1985
  • Eksport perabot Malaysia terus berkembang maju dengan mencatat jumlah eksport sebanyak RM1.228 bilion dan bertambah hampir RM1 bilion setiap tahun.
  • Sebagai contoh, jumlah eksport mencatatkan RM2.078 bilion pada 1995, RM3.094 bilion (1997), hampir RM5 bilion (1999), melebihi RM5 bilion (2000), RM7.67 bilion (2005) dan meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM8.19 bilion pada tahun 2006.
  • Eksport perabot Malaysia dijangka berkembang antara tujuh dan sembilan peratus setiap tahun.
  • Sehingga akhir 2005, Amerika Syarikat masih lagi menjadi pengimport perabot Malaysia yang terbesar dengan jumlah sebanyak 33.5 peratus. Ia disusuli Jepun (10.25 peratus) dan United Kingdom (8.85 peratus).
Prospek cerah
  • Mengenai jenis perabot pula, rekod menunjukkan 81.41 peratus datangnya daripada perabot kayu terutama kayu getah diikuti logam (12.30 peratus), manakala perabot rotan hanya menyumbang sebanyak 0.65 peratus daripada keseluruhan eksport perabot negara.

  • Prospek industri perabot adalah cerah walaupun Malaysia terpaksa bersaing dengan negara jiran yang lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam mahu pun China.
  • Seperti Malaysia, Negara-negara berkenaan juga berusaha mempergiatkan aktiviti mereka dengan meneroka dan terus mencari pasaran baru.

EKSPORT PERABOT MALAYSIA

PENDUKUNG UTAMA DALAM INDUSTRI INI
Pendukung utama dalam industri ialah  LORENZO yang memainkan peranan penting dalam kegiatan ini.Lorenzo membuka kilang pembuatan perabot yang terdiri daripada pelbagai jenis pengeluaran produk seperti set meja makan,set bilik tidur,accosioanal dan pelbagai jenis perabot yang dihasilkan .Selain itu antara kilang perabot yang lain seperti yang disenaraikan di bawah:
CompanyAddressTel/FaxTypeMaterial
AIMWOOD FURNITURE INDUSTRIES SDN BHDLot 6516, Batu 5 3/4, Jalan Kapar, Selangor, Malaysia.
http://www.baswood.com.my
Tel: 603 32912001
Fax: 603 32912070
Email:aimwood@baswood.com.my
Dining
Bedroom
Occasional
 
AIREGOLD SDN BHDPLO 23, Jorak Industrial Area, Mukim Sungai Raya, Bukit Pasir, Johor, Malaysia.
http://www.airegold.com
Tel: 606 9859283
Fax: 606 9859232
Email: ng@airegold.com
Dining
Upholstery Sofa
Bedroom
Occasional
metal/steel
others
wood
ALFRED DESIGN & DECORATIONNo. 30, Jalan BP 5/9, Bandar Bukit Puchong, Selangor, Malaysia.
http://www.alfred-decor.com
Tel: 603 80616612 / 80616613
Fax: 603 80683768
Email: info@alfred-decor.com / info@alfred-group.com
Upholstery Sofa
Occasional
Office
aluminum
fabric
others
wood

Latar belakang Hashim Enteprise
  • Kedai perabot Hashim Enteprise dibuka pada Disember 1997 semasa itu ekonomi   Negara berada dalam keadaan gawat.Tetapi masih terus kekal hingga sekarang
  • Didirikan dan dibangunkan di tempat dan tanah sendiri
  • Pada awal-awal pembukaan dulu,tempat/lokasi tersebut disewa lebih kurang 3 tahun ,namun sekarang telah menjadi hak milik sendiri .
  • Setelah tanah tersebut menjadi hak milik sendiri ,syarikat ini membesarkan kedai perabot tersebut daripada sebuah bangunan yang kecil menjadi sebuah bangunan 2 tingkat
  • Kedai perabot ini adalah perniagaan suami isteri(keluarga)
  • Asalnya pemilik tersebut hanya daripada kerani kilang (isterinya) dan  peniaga pasar malam (suami)
  • Pemilik bagi syarikat ini: Hashim Ismail (suami)
Masnah Hassan (isteri)

  • Idea untuk membuka  kedai ini datang daripada minat suaminya dalam bidang pertukangan kraftangan perabot.Oleh itu selepas berkahwin dan mempunyai anak dua ,mereka berpakat untuk membuka kedai yang diuruskan sendiri.
  • Modal sepenuhnya daripada mereka sendiri secara kecil-kecilan
  • Bukti kepakaran membuat perabot dapat dilihat melalui reka bentuk pejabatnya yang direka khas oleh Hashim pemilik syarikat ini.
  • Pekerja untuk menguruskan kedai iaitu menjual perabot seramai 15 orang  manakala 6 orang pekerja adalah pekerja kilang yang ditugaskan hanya untuk membuat perabot .Mereka ini merupakan pekerja Bangladesh yang mahir dalam bidang pembuatan perabot
  • Menjual barang tempahan khas yang dibuat sendiri oleh kilang mereka yang berada betul-betul di belakang kilang perabot mereka
  • Terdapat perabot yang dibuat sendiri yang kilang/kedai lain tidak buat
  • Berupaya menukar reka bentuk perabot yang sedia ada untuk menimbulkan sedikit kelainan dan mempelbagaikan reka bentuk/design yang ada
  • Dibuka pada jam 9 pagi hingga 11 malam
  • Kedai ini dibuka setiap hari iaitu Isnin hingga Ahad.

Misi
  • Untuk kekal demi anak-anak dan keluarga
  • Membuka cawangan di tempat lain

Profile syarikat(Ringkasan)
  • Nama kilang:Hashim Enteprise
  • Tahun dibuka:kedai menjual perabot pada 1997
Kilang beroperasi pada tahun 2009

  • Bentuk syarikat:merupakan perniagaan keluarga (suami isteri)
  • Pemilik Syarikat/Pengasasnya: Hashim Ismail
Masnah Hassan
  • Pemilikan:Bumiputera
  • Kategori perniagaan:kawalan dan pengurusan oleh ahli keluarga
  • Jenis industri:Industri kecil dan sederhana(IKS)

Lokasi kilang(Lokasi sila rujuk di bahagian lampiran)

Lot 3036,Batu 15,Paya Jaras
47000 Sungai Buloh
Selangor  Darul Ehsan
Telefon:03-6156 0113

Pesaing/Competitor:Alcano Design
Pesaing bagi syarikat Hashim Enteprise ialah Alcano Design di bawah ini diterangkan dengan terperinci mengenai Kilang Alcano Design

Misi
Untuk mengembangkan perniagaan dalam Negara dan Antarabangsa

Profile kilang
  • Nama kilang:Alcano Design

  • Pemilik Syarikat/Pengasasnya:Mr Chye
Angel
  • Pemilikan:bukan Bumiputera(berbangsa cina)

  • Jenis Industri: Small and Medium Enteprise
Lokasi kilang
Alcano Design ,
Lot 2770 M, AL 220,
Kampung Baru Sungai Buloh ,
47000 Kuala Lumpur .
Nombor Telefon: 03-61401371
(Lokasi sila rujuk di bahagian Lampiran)

Pengeluaran Semasa Syarikat Dan Syarat Pengurusan Operasi Bagi Kilang Hasyim Enterprise
1)      Memahami kekuatan semasa, kelemahan, peluang dan ancaman

a)      Carta Analisis SWOT

a)      Strength ( kekuatan)
-       Kekuatan bagi Kilang Hasyim Enterprise adalah kilang ini mampu memberi harga yang murah kepada pelanggan berbanding dari kilang-kilang lain. Selain itu, kebanyakan perabot yang dihasilkan dari kilang ini adalah diperbuat daripada kayu getah. Kayu getah adalah murah dan berkualiti. Bagi tikar yang dibuat menggunakan kayu getah, mudah digulung dan disukai oleh ramai pelanggan. Kilang ini juga menghasilkan perabot yang berpatutan iaitu perabot yang berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan.

b)      Weakness ( kelemahan )
-       Kelemahan bagi kilang ini adalah kelemahan dari segi teknologi dalam penghasilan perabot dan juga bilangan pekerja atau tenaga kerja yang sangat sedikit. Kelemahan ini menyebabkan kilang ini tidak mampu untuk mengeluarkan perabot dalam jumlah yang banyak setiap hari. Apabila kilang ini tidak dapat mengeluarkan perabot dalam jumlah yang banyak, maka keuntungan yang diperolehi juga sedikit dan pilihan perabot juga sedikit berbanding kilang-kilang perabot yang lebih besar. Kebanyakan pelanggan akan lebih suka membeli perabot di kilang yang lebih banyak mempunyai pilihan supaya mereka dapat membuat pilihan yang terbaik.

c)      Opportunity ( peluang )
-       Peluang bagi kilang ini adalah apabila citarasa pelanggan berubah untuk menggunakan perabot dari kayu getah, maka perabot dari kilang ini akan mengalami banyak permintaan. Disebabkan jarang kilang yang menghasilkan produk menggunakan kayu getah, maka peluang untuk mendapatkan banyak permintaan dari pengguna sangat tinggi. Selain itu, penururan cukai juga mampu mengurangkan kos bagi kilang ini dan berpeluang mendapatkan keuntungan yang lebih besar.

d)     Threat ( ancaman )
-       Ancaman bagi kilang ini pula adalah apabila citarasa pelanggan berubah kepada perabot yang dihasilkan dari kayu selain kayu getah dan perabot yang diimport dari luar Negara, maka ancaman kepada kilang ini bahawa mungkin akan kehilangan pelanggan dan permintaan terhadap perabotnya akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kilang ini mengalami kerugian ataupun mendapat untung yang sedikit. Selain itu, ancaman bagi kilang ini adalah apabila berlaku kenaikan cukai peribadi yang menyebabkan kilang ini terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk cukai dan keuntungan yang diperolehi akan semakin berkurangan.
2)      Memahami Masalah Semasa Dan Potensi Masalah Yang Dihadapi Oleh Kilang Hasyim Enterprise

a)      FISH BONE Analysis Chart

Teknologi yang digunakan kurang canggih
Pengeluaran produk atau perabot
Pekerja kurang kemahiran dalam menghasilkan perabot
Kekurangan modal dalam menghasilkan produk
Pengurus kurang pengalaman dan kepakaran dalam membangunkan kilang
Pekerja atau tenaga kerja kurang
Mesin rosak atau tidak mencukupi
  
 Kumpulan kami mengambil kilang Hasyim Enterprise sebagai bahan kajian untuk kertas kerja mata pelajaran prinsip pengurusan operasi. Kilang Hasyim Enterprise merupakan kilang kecil yang dimiliki oeleh sepasang suami isteri yang berbangsa melayu. Kilang ini baru ditubuhkan selama tiga tahun. Disebabkan kilang ini baru ditubuhkan, maka kilang ini mengalami banyak masalah seperti masalah kekurangan modal, masalah dalam mendapatkan pelanggan dan yang paling besar adalah masalah untuk bersaing dengan kilang-kilang yang sudah lama dan besar.
Disebabkan kilang ini hanya dimiliki oleh sepasang suami isteri yang bukan dari keturunan yang kaya- raya, maka masalah kekurangan modal menjadi isu yang paling utama oleh kilang ini. Kilang ini tidak mampu untuk menggunakan peralatan teknologi yang canggih, menggunakan tenaga kerja yang ramai dan sebagainya kerana kekurangan wang untuk membiayaan kos tersebut. Kilang ini hanya mampu menggaji 6 orang pekerja di kilangnya. Disebabkan itu, kilangnya tidak mampu untuk mengeluarkan perabot dalam jumlah unit yang banyak. Oleh itu,

Pesaing Pengeluaran Semasa Dan Syarat Pengurusan Operasi Bagi Kilang Hasyim Enterprise

a)      Carta Analysis SWOT

PENGELUARAN DAN KEADAAN PENGURUSAN OPERASI SEMASA  BAGI PESAING.(ALCANO DESIGN)
3)      Memahami kekuatan semasa, kelemahan, peluang dan ancaman

b)     Carta Analisis SWOT

S                       W

O                      T
Kelemahan(Weakness)
Masih tidak cukup teknologi moden untuk menampung pengeluaran masa hadapan
Promosi yang masih kurang.
Masih kurang tenaga buruh mahir dan separa mahir.
Sumber bahan mentah yang tidak mencukupi

Ancaman(Threat)
Persaingan dari kilang-kilang perabot yang lain
Peniruan reka bentuk perabot yang sama
Terbubar kilang sekiranya tiada perancangan strategik

Kekuatan(Strenght)
Produk yang kreatif dan inovasi
Memiliki pengalaman cukup lama dalam bidang pembuatan perabot
Pendekatan pembuatan perabot  yang mesra kepada pelanggan
Produk yang dihasilkan cepat siap.
Harga yang berpatutan(murah)
Teknologi moden

Persekitaran/lokasi yang strategik

Peluang(Opportunities)
Menguasai pasaran
Persekitaran yang strategik
Memperkenalkan jenama
Keupayaan untuk meningkatkan tenaga buruh.
Meningkatkan penggunaan teknologi moden

Kekuatan
  • Kekuatan merupakan faktor dalaman yang ada dalam sesebuah syarikat,kekuatan yang dimiliki oleh kilang Alcano Design ialah produk yang dihasilkan kreatif  dan inovasi dengan penggunaan teknologi menjadikan produk lebih berkualiti berbanding kilang perabot yang lain.Ini dapat dilihat hasil ciptaan kilang ini apabila sofa boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian dan kemudahan pelanggan
  • Pemilik bagi kilang ini mempunyai kepakaran yang lama dalam bidang pembuatan perabot ini menjadi kekuatan kepada kilang ini untuk terus bergerak ke hadapan.
  • Pendekatan pembuatan perabot yang mesra kepada pelangga.Kilang ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih fabrik,reka bentuk perabot dan jenis kayu yang ingin digunakan,selain itu perabotnya juga cepat disiapkan dalam masa 2 minggu ,ia juga berkualiti walaupun masa yang diambil sekejap serta harganya yang murah ini menarik pelbagai pelanggan untuk membelinya.

Kelemahan
Teknologi yang digunapakai oleh kilang ini model dan canggih  tetapi peralatan yang disediakan tidak mencukupi dalam menampung permintaan terhadap perabot yang diminta oleh pelanggan.Selain itu,promosi yang dijalankan kurang menyebabkan kebanyakan orang di luar daripada Sungai Buloh masih tidak mengetahui kewujudan kilang ini.Kilang ini mempunyai tenaga buruh ysng mahir dan separa mahir  mengikut bidang pengkhususannya kerjanya tetapi masih lagi kekurangan tenaga kerja ini ,disebabkan permintaan terhadap barangan perabot semakin tinggi,jadi kekurangan tenaga buruh tidak dapat mengeluarkan produk dalam kapasiti yang besar.Selain itu,sumber bahan yang tidak mencukupi seperti kayu jati,getah ,meranti,merbau dan lain-lain menyebabkan produk yang dikeluarkan berdasarkan kepada sumber bahan mentah sahaja.

Peluang
  • Menguasai pasaran
pelanggan bagi kilang ini tidak terdiri  daripada satu bangsa tetapi terdiri daripada Cina, India,Melayu dan kaum lain yang membeli produk ini membolehkan kilang ini menguasai pasaran ,selain itu dalam meluaskan pasaran  kilang ini boleh mengambil peluang dalam menskopkan mengikut jantina,umur,sosioekonomi dan lain-lain faktor yang mempengaruhi pembuatan perabot.Sekaligus akan meningkatkan penggunaan tenaga buruh dan pertambahan pengkhususan kerja yang perlu dilakukan oleh buruh separa mahir dan mahir ini juga memberi peluang kepada pekerja untuk menggunakan lebih banyak teknologi seperti gergaji elektrik,penunu bunsen ,mesin memotong kayu dan penggunaan lain teknologi
  • Persekitaran yang strategik yang berdekatan dengan Bandar,tumpuannya lebih ramai
  • Memperkenalkan jenama:berpeluang untuk memperkenalkan jenama buatan kilang Alcona Design yang mempunyai nama yang unik yang mana boleh menarik perhatian orang ramai untuk membelinya,selain itu melalui kaedah promosi seperti TV,Internet,Blog dan lain-lain

Ancaman
  • Ancaman Persaingan dari kilang-kilang perabot yang lain seperti  Lorenzo,Ikea yang menawarkan produk perabot yang jauh lebih baik berbanding perabot yang dibuat secara sederhana dan kecil-kecilan.
  • Peniruan reka bentuk perabot yang sama-iaitu meniru ciri-ciri pembuatan seperti reka bentuk
  • Terbubar kilang sekiranya tiada perancangan strategik: Oleh kerana kilang ini diuruskan sendiri oleh suami isteri perancangan strategik harus dilakukan bagi keberadaan dalam industri supaya generasi seterusnya dapat membangunkan industri ini.

Analisis Strategi oleh Syarikat

  • Strategi sekarang

Kilang Hasyim Enterprise mempunyai strategi untuk memperolehi tapak dalam perniagaan bagi meningkatkan perniagaan. Dengan memiliki  pengalaman cukup lama dalam bidang pembuatan perabot adalah satu kekuatan yang boleh menjadikan strategi yang baik untuk perniagaannya. Kilang Hasyim juga mementingkan produk yang kreatif dan inovasi untuk pelanggannya. Kilang Hasyim membuat strategi ataupun pendekatan pembuatan perabot  yang mesra kepada pelanggan. Selain itu, produk yang dihasilkan cepat siap pada tempoh masa yang ditetapkan atau yang dikehendaki oleh pelanggannya. Masa penghantaran juga tidak lewat, di hantar dalam masa yang ditetapkan. Kilang Hasyim juga meletakkan harga yang berpatutan iaitu harga yang murah.
Kilang Hasyim Enterprise adalah kilang ini mampu memberi harga yang murah kepada pelanggan berbanding dari kilang-kilang lain. Selain itu, kebanyakan perabot yang dihasilkan dari kilang ini adalah diperbuat daripada kayu getah. Kayu getah adalah murah dan berkualiti. Bagi tikar yang dibuat menggunakan kayu getah, mudah digulung dan disukai oleh ramai pelanggan. Kilang ini juga menghasilkan perabot yang berpatutan iaitu perabot yang berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan.
selain itu, kilang ini telah mendapt kepercayaan dari supplier dan hubungannya dengan supplier sangat erat sehingga supplier sanggup datang sendiri ke kilang tersebut sekiranya ingin membuat tempahan atau order. Ini menyebabkan pelanggan suka dan berpuas hati dengan perkhidmatan dan penghasilan kilang tersebut. Kilang Hasyim juga ingin menambahkan cawangan kilang dan syarikat nya keserata Dunia bagi melebarkan perniagaannya disamping membantu anak-anaknya pada masa hadapan.

  • Menilai strategi dan menganalisis yang sesuai untuk masa akan datang

Kilang Hasyim Enterprise juga perlu menilai dan menganalisis strategi untuk masa akan datang bagi melancarkan proses perniagaannya. Selaras dengan misi kilang Hasyim Enterprise iaitu meluaskan perniagaannya, kilang Hasyim perlu menambahkan cawangan nya disamping dapat membantu anak-anaknya untuk masa hadapan. Ini akan Berjaya jika cawangannya di negeri lain. Contohnya di Kelantan, kedah.

Kilang Hasyim perlu menilai strategi dan menganalisis strategi yang digunakan sesuai atau pun tidak untuk masa hadapan.

Produk yang kreatif dan inovasi perlu dan akan dinilai oleh pelanggan. Tapi jika strategi kilang Hasyim mempunyai produk yang kreatif dan inovasi ini akan menarik minat pelanggan sekali gus dapat menambahkan permintaan terhadap produk di kilang nya. Kilang Hasyim juga perlu menganalisis produk yang macam mana, warna, corak, kayu yang pelanggan mahukan supaya lebih mendapat sambutan.

Kilang Hasyim perlu juga menilai strategi dalam pembuatan perabot yang diingini oleh pelanggan. Tetapi kebiasaannya pelanggan akan lebih berminat jika peniaga menepati masa dan mendapat produk yang diingini. Kilang Hasyim juga perlu menganalisis strategi yang sesuai untuk masa akan datang iaitu membuat perabot yang lebih menepati citarasa pengguna.

  • Strategi yang paling berkesan untuk syarikat

Kilang Hasyim perlu mempunyai pendekatan atau cara atau kaedah bagi mencapai setiap objektif yang digariskan iaitu mendekatkan hubungan atau komunikasi dengan pelanggan iaitu dengan meletakkan harga murah ataupun memberi potongan untuk pelanggan yang tetap.

Selain itu, kilang juga perlu memanfaatkan kekuatan dan peluang yang ada iaitu SWOT. Kilang perlu  manfaatkan dengan penghasilan perabot yang bagus dan berkualiti dengan kepakaran pekerjanya dalam membuat perabot. Disamping dapat mengeluarkan perabot yang menepati citarasa pelanggan. Berbanding dengan kilang pesaing yang kurang dalam kemahiran pekerjanya.

Kilang Hasyim juga perlu menitik beratkan kayu untuk membuat perabot. Kayu yang berkualiti akan membantu menarik pelanggan lebih ramai. Sekali gus akan mempunyai pelanggan setia atau tetap.

Kilang Hasyim juga perlu mengikuti masa penghantaran dan masa siap yang dijanjikan dalam tempoh yang diperlukan oleh pelanggan. Keadaan ini akan mendapat kepercayaan daripada pembekal bagi mendapatkan perabot.

Kilang Hasyim juga perlu mengambil peluang dengan perubahan citarasa daripada pelanggan dengan membuat corak yang moden, mengikuti citarasa pelanggan ataupun membuat promosi untuk menarik ramai pelanggan untuk datang membeli perabot di kedainya. Dengan keadaan cukai untuk kayu berkurang, peniaga boleh mengurangkan harga untuk sesebuah perabot. Kilang Hasyim perlu merebut peluang daripada kilang pesaing dan bijak untuk mengambil peluang.

Memahami masalah-masalah semasa dalam Alcano Design dan potensi masalah yang dihadapi
Masalah-masalah yang dihadapi oleh Alcano Design seperti teknologi model yang masih tidak mencukupi ,promosi yang masih kurang dijalankan,persekitaran tempat kerja yang tidak teratur/kemas ,bahan mentah yang tidak mencukupi dan tenaga buruh mahir serta separa yang masih tidak mencukupi.Ketiga perkara-perkara ini mempengaruhi pengeluaran produk yang dikeluarkan oleh Alcano Design.Selain itu potensi masalah yang mungkin dihadapi oleh kilang ini produktiviti/ produk hanya dapat dihasilkan mengikut keupayaan mesin untuk menghasilkan barangan,begitu juga dengan tenaga buruh yang masih tidak mencukupi
Merencana masalah melalui ‘’Brainstorming’’
Promosi yang masih kurang dijalankan                                persekitaran tidak teratur/kemas

Masalah pengeluaran/produktiviti

Peralatan kurang

Kurang tenaga buruh mahir dan separa mahir

Analisis Carta Tulang Ikan
Tenaga buruh                       
Kekurangan tenaga buruh mahir
Kekurangan tenaga buruh separa mahir
 Peralatan
Peralatan teknologi moden yang masih t

 MasalahPengeluaran  produk
Tidak mencukupi

               Persaingan
Reka bentuk produk yang sama
 Persekitaran
Tidak teratur.

STRATEGI ANALISIS PESAING
Menilai strategi semasa yang dilaksanakan oleh Kilang Alcano Design

Peluang(o)

Strategi(so)
Meluaskan pasaran
Produk perabot yang dihasilkan dihantar luar daripada kawasan yang dihasilkan terutamanya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Pulau Pinang,Kedah,Perak dan lain-lain negeri.
Mengeksport ke luar negara
Strategi(W0)
Mengambil tenaga buruh yang mempunyai latihan industri bagi  pekerja mahir manakala separa mahir
Penggunaan sumber-sumber lain.
Ancaman(T)

Strategi(ST)
Kilang perlu melakukan R & D iaitu penyelidikan dan pembangunan bagi member kelainan kepada produk perabot yang dihasilkan
Strategi(wt)
Mendapatkan suntikan dana bagi pembelian pelalatan yang tidak mencukupi yang mempunyai kepakaran alat teknologi yang tinggi

Menganalisa dan menilai strategi yang sesuai
Merujuk kepada masalah bagi kilang ini ,strategi yang sesuai diambil untuk mengatasi masalah pengeluaran seperti:
  • Mengambil tenaga buruh yang mempunyai latihan industri bagi  pekerja mahir dan separa mahir yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang pembuatan perabot
  • Penggunaan sumber-sumber lain seperti meneroka bahan baru seperti kenaf serta pokok kelapa sawit sebagai sumber baru dalam membuat perabot.Sumber-sumber baru seperti kenaf ini masih lagi dalam proses kajian untuk dijadikan bahan perabot, namun ia mempunyai potensi besar dalam menghasilkan perabot
  • Mendapatkan suntikan dana bagi pembelian pelalatan yang tidak mencukupi yang mempunyai kepakaran alat teknologi yang tinggi bagi mempercepatkan proses pengeluaran produk

Mengenalpasti strategi yang terbaik
  • Mendapatkan suntikan dana bagi pembelian pelalatan yang tidak mencukupi yang mempunyai kepakaran alat teknologi yang tinggi.Strategi ini dipilih kerana dengan suntikan dana kewangan akan dapat meningkatkan ciri-ciri kualiti yang berkesan dan cekap selain dapat menghasilkan dalam kuantiti yang baik melalui penggunaan teknologi
  • Mengambil tenaga buruh yang mempunyai latihan industri bagi  pekerja mahir dan separa mahir bagi meningkatkan produktiviti

Cadangan Syarikat

Bagaimana strategi yang dipilih dilaksanakan

Kilang Hasyim juga perlu menambahkan pekerja yang berkemahiran dalam bidang pembuatan perabot bagi mempercepatkan lagi pembuatan perabot. Disamping mencari juga pekerja yang mempunyai kreativiti yang tinggi bagi membuat perabot dan dalam pembinaan perabot. Sekali gus dapat menawarkan rekabentuk dan warna yang menarik untuk menarik minat pelanggan untuk permintaan yang tinggi terhadap sesuatu barang tersebut.

Selain itu, kilang Hasyim juga perlu menambahkan peralatan yang canggih atau moden bagi menyaingi pesaing. Ini dapat mempercepatkan proses pembuatan perabot dan mendapatkan perabot yang berkualiti serta buatan yang halus.

Strategi yang paling berkesan yang sering digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pengeluaran produk perabot terutamanya ialah dengan mempromosikan produk mereka melalui media massa, media elektronik, internet, promosi langsung dan juga melalui sempel-sampel percuma dengan harga yang rendah kepada pelanggan.

Langkah pelaksanaan

Membuat promosi  untuk melancarkan produk perabot melalui media iaitu televisyen, radio, banner, dalam surat khabar. Dengan menawarkan harga yang rendah disamping rekabentuk yang menarik. Dan juga membuat promosi dengan meletakkan harga yang rendah bagi barangan iaitu dengan harga pengenalan bagi mempromosikan barangan tersebut.

Bagi melaksanakan pelaksanaan strategi ini, kilang Hasyim perlu membuat analisis Permintaan perlu dibuat untuk mengenal pasti keperluan pengguna dan menentukan sejauh mana mereka sanggup dan mampu membayar untuk mendapatkan output produk. Justeru, saiz, keadaan dan jumlah permintaan untuk produk adalah penting dan boleh ditentukan untuk  siapa dan di mana pasaranyang ingin dipasarkan. Bagi menentukannya, adalah penting pasaran dikategorikan mengikut jenis, cara penggunaan, klasifikasi pendapatan, lokasi, umur dan sebagainya. Kaedah pasaran ditentukan sebahagian besarnya bergantung kepada jenis produk. menentukan permintaan produk untuk pasaran di luar negeri. Sekiranya ada, tentukan arah aliran permintaannya dan menilai arah aliran pertumbuhan permintaan pada masa lalu dan berdasarkan arah aliran tersebut, unjurkan permintaan pada masa depan dengan menggunakan teknik yang sesuai.

Selain itu, Analisis Penawaran adalah penting untuk dalam langkah perlaksanaan untuk menganalisis situasi penawaran produk yang sedia ada dan jangkaan penawarannya pada masa hadapan. Analisis ini akan memberi petunjuk mengenai persaingan daripada pembekal lain dan menentukan sama ada pengeluaran produk mampu bersaing di pasaran. Situasi penawaran boleh ditentukan seperti siapa dan di manakah pesaing langsung? Kategorikan pesaing mengikut saiz, kualiti produk, lokasi dan prestasi pesaing dan prestasi segmen pasaran.  Adakah terdapat firma yang mengeluarkan produk dan tiada pengeluar yang memonopoli pasaran? Adakah melibatkan gabungan firma besar dan kecil dalam industri?. Kedua-dua maklumat ini penting dalam menentukan jenis persaingan yang akan mempengaruhi keputusan serta keupayaan pengeluaran dan strategi pemasaran yang akan digunakan. Terdapatkah pasaran asing bagi pengeluar domestik. Sekiranya ada, tentukan arah aliran penawaran serta pengeluaran produk tempatan di negara asing dan importnya.
Aspek terakhir dalam langkah perlaksanaan adalah mengetahui analisis Pasaran iaitu aliran produk daripada pengeluar kepada pengguna. Analisis ini merupakan faktor penting yang sering diabaikan dalam membuat penilaian pasaran. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah Analisis Rantaian Komoditi atau Commodity Chain Analysis (CCA) yang merupakan pendekatan berasaskan teori analisis sistem.

Satu lagi aspek yang boleh dianalisis bagi menentukan langkah perlaksanaan aliran barangan ialah harga di setiap peringkat agen dan juga margin pemasaran mereka. Analisis harga ini dapat membantu dalam menentukan harga di peringkat pengeluaran. Sekiranya analisis menunjukkan wujudnya sistem pemasaran yang tidak cekap bagi produk yang hendak dihasilkan, langkah yang sesuai boleh diambil untuk mengatasinya dan langkah ini perlu diambil kira sebagai komponen pemasaran dalam carta aliran projek.

Jelaskan secara rasional Penambahbaikan yang ingin dicapai selepas pelaksanaannya.

Selepas pelaksanaan dilakukan, kilang Hasyim perlu memanfaatkan kekuatan dan peluang yang ada (SWOT) bagi mengetahui setiap kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada terhadap kilang nya.

Kekuatan perlu menutup kelemahan yang ada dalam kilang Hasyim.dengan memberikan harga yang murah kepada pelanggan berbanding dari kilang-kilang lain dapat membendung atau mengaburi mata pelanggan.

Dengan menghasilkan barangan yang berkualiti dan kreatif iaitu rekabentuk yang menarik, kelemahan kilang Hasyim yang merupakan kekurangan teknologi dalam penghasilan perabot akan dibendung dengan pekerja yang kreatif dan berkemahiran dalam pembuatan perabot.

Kilang Hasyim juga perlu pandai merebut peluang apabila citarasa pelanggan berubah untuk menggunakan perabot dari kayu getah, maka perabot dari kilang ini akan mengalami banyak permintaan. Disebabkan jarang kilang yang menghasilkan produk menggunakan kayu getah, maka peluang untuk mendapatkan banyak permintaan dari pengguna sangat tinggi.

Ancaman bagi kilang ini pula adalah apabila citarasa pelanggan berubah kepada perabot yang dihasilkan dari kayu selain kayu getah dan perabot yang diimport dari luar Negara, maka ancaman kepada kilang ini bahawa mungkin akan kehilangan pelanggan dan permintaan terhadap perabotnya akan berkurangan. Ini akan menyebabkan kilang ini mengalami kerugian ataupun mendapat untung yang sedikit. Selain itu, ancaman bagi kilang ini adalah apabila berlaku kenaikan cukai peribadi yang menyebabkan kilang ini terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk cukai dan keuntungan yang diperolehi akan semakin berkurangan. Apabila wujud kilang-kilang perabot baru yang berhampiran dengan kilang perabot ini akan menjadi ancaman kepada kilang ini untuk mendapat keuntungan kerana akan mempunyai banyak persaingan dalam memasarkan perabot dan perlu merebut pelanggan dengan kilang pesaing.

Kilang Hasyim juga perlu dan mesti mengambil langkah berhati-hati dengan
kelemahan dan ancaman dalam kilang nya. Ini kerana senang pesaing untuk mengambil kesempatan jika pesaing mengetahui kelemahan dan ancaman kilang.

Kilang Hasyim perlu realistik, dapat mempraktikkan langkah perlaksanaan, dan boleh dilaksanakan. Serta dapat menjana pendapatan yang tinggi untuk keluarga dan KDNK negara

2 comments: